Tuesday, November 10, 2009

Jawatan Kosong MQA

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency -MQA-)

PELAWAAN PENGISIAN JAWATAN SECARA PINJAMAN.

Sukacita dimaklumkan bahawa MQA sedang mencari calon daripada pegawai perkhidmatan awam untuk mengisi jawatan pelbagai gred di MQA secara pinjaman. Jawatan berkenaan adalah sepertimana berikut:

1.Pegawai Tadbir Gred N54
2.Pegawai Tadbir Gred N52
3.Penolong Pegawai Tadbir Gred N32

Sila Klik Pada Jawatan Di Atas Untuk Maklumat lanjut.

Syarat-syarat pinjaman:

-Peminjaman ini adalah tertakluk kepada peraturan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008
– Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.
-Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan mengikut keperluan.
-Peminjaman ini tertakluk kepada persetujuan dari agensi pembekal dan pihak berkuasa melantik yang berkenaan.
-Pemilihan untuk pelantikan secara peminjaman ini adalah melalui proses tapisan; hanya pegawai yang sesuai dengan jawatan yang hendak diisi akan diberi pertimbangan.

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui Ketua Jabatan di alamat berikut :

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

SILA LIHAT INI

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 14A, Menara PKNS-PJ,
No.17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
(U.P.: Unit Perkhidmatan dan Perjawatan)

0 comments:

Post a Comment