Tuesday, November 10, 2009

Jawatan Kosong KTMB

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN: PEMBANTU TRAFIK (GRED-N09G10)

KELAYAKAN:

· Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
· Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
· Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris;
· Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depoh;

SPESIFIKASI TUGAS:

· Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
· Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
· Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
· Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
· Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

CARA UNTUK MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 30 Oktober 2009 ke alamat berikut:-

PENGURUS BESAR
SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
IBU PEJABAT KORPORAT KTM BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

0 comments:

Post a Comment