Tuesday, November 10, 2009

Jawatan Kosong KFC

KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Bahagian: Syariah dan Pematuhan Halal

Jawatan Kosong:

1. Eksekutif Kanan

Kelayakan:
-Ijazah/Diploma dalam bidang Syariah/Undang-Undang atau yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara.
-Memiliki sekurang-kurangnya 5-6 tahun pengalaman dalam bidang operasi perniagaan dan pengendalian makanan
-Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik.
-Mampu menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan perniagaan, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi yang berkaitan.

2. Eksekutif Pengurusan Rekod dan Maklumat

Kelayakan:
-Ijazah/Diploma bidang Perpustakaan daripada Universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara.
-Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Rekod dan Maklumat.
-Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik.

3. Pembantu Audit

Kelayakan:
-Diloma/Sijil dalam bidang Perakaunan/Pengurusan Perniagaan/Syariah atau bidang yang berkaitan.
-Mahir menggunakan komputer dan berkebolehan menulis laporan.
-Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan semua peringkat.
-Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan seta calon yang telah mengikuti Program Audit Halal anjuran JAKIM/HDC.
-Memiliki lesen memandu kelas D

Calon yang berminat digalakkan menghantar permohonan secara email berserta biodata yang lengkap dengan menyatakan nombor telefon, gaji sekarang dan gaji yang dipohon dan gambar berukuran paspot ke alamat seperti di bawah.

Jabatan Sumber Manusia
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Level 14, Wisma KFC
No.17 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2026 3388

Email: recruitment.hr@kfcholdings.com.my

*Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga

Tarikh Tutup Permohonan: 2 November 2009

0 comments:

Post a Comment