Tuesday, December 1, 2009

Jawatan Kosong FRIM

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

http://www.my-jobsite.info/

1.PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) (GRED W17)

http://www.my-administration.info/

JADUAL GAJI:
P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 – P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 – P3T26 RM 2399.46

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau

(iv)Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9;dan

(v)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

KEMUHAHAN IMBUHAN IMBUHAN TETAP:

i)Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
ii)Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00
iii)Bayaran Bantuan Sara Hidup RM 300.00

-----------------------------------------------------------------------

2.JAWATAN: PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
(keutamaan kepada calon dalam bidang Perhutanan, Alam Sekitar dan Bioteknologi)

http://www.my-engineering.info/

JADUAL GAJI:
P1T1 RM 1899.01 – P1T25 RM 4715.47
P2T1 RM 1995.02 – P2T25 RM 4988.08
P3T1 RM 2095.21 – P3T25 RM 5284.57

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii)Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2); atau

(iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3); atau

(iv)Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5); atau

(v)Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6); atau

(vi)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9);

dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarar dengannya oleh kerajaan.

KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:

i)Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 300.00
ii)Imbuhan Tetap Perumahan RM 250.00
iii)Bayaran Bantuan Sara Hidup RM 300.00

--------------------------------------------------------------------------

3.PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)

http://www.my-luxuryvehicle.info/

JADUAL GAJI:
P1T1 RM 701.42 – P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 – P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 – P3T17 RM 1493.59

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)(a)Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
(b)Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

(c)Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:

·Lesen D P1T3
·Lesen E/E1/E2 P1T4
·Lesen F/H P1T5
·Lesen G/I P1T6

dan (iv)Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

------------------------------------------------------------------

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

MUAT TURUN BORANG

atau boleh di e-mel kepada asmawee@frim.gov.my dan musab@frim.gov.my dengan beserta salinan Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Kad Pengenalan sahaja. Lain-lain sijil boleh dibawa semasa temuduga jika permohonan berjaya.

Jawatan 1 : Tarikh tutup 20 November 2009
Jawatan 2 : Tarikh tutup 23 November 2009
Jawatan 3 : Tarikh tutup 27 November 2009

0 comments:

Post a Comment