Saturday, December 5, 2009

Jawatan Kosong IKIM

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).



1.Jurutera (Gred 41)

1.1
(a) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
(b) Taraf Jawatan: Tetap
(c) Tempoh Percubaan: 2 Tahun

1.2 Skim Gaji 6, Jadual Gaji:
RM2,084.08 x 125.24 - RM4,839.36
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

1.3
(a)Elaun
(i) Khas: RM300.00
(ii)Imbuhan Tetap Perumahan: RM250.00
(iii)Bantuan Sara Hidup: RM300.00
(iv)Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal: 5% daripada gaji pokok

1.4 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c)Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam bidang penyiaran dan penerbitan radio; dan
(d)Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

1.5 Bidang Tugas:
(i)Membantu Pengurus Kejuruteraan Radio dalam mentadbir dan menguruskan kerja-kerja teknikal di stesen radio IKIM.fm
(ii)Mengetuai pasukan teknikal membuat pemantauan, pemeriksaan dan baikpulih peralatan pemancar di stesen-stesen pemancar.
(iii)Menjaga dan memastikan studio IKIM.fm beroperasi dengan baik dan membuat "troubleshooting" sekiranya berlaku kerosakan.
(iv)Memastikan peralatan penerbitan, penyunting dan kont IKIM.fm dalam keadaan baik.
(v)Membantu kerja-kerja penerbitan rancangan radio.
(vi)Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Radio dan Pengurus Unit Kejuruteraan.

--------------------------------------------------------------

2. Penyunting (Editor) Gred 48

1.1
(a) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
(b) Taraf Jawatan : Kontrak (selama 2 tahun dan boleh diperbaharui)

1.2 Jadual Gaji :
RM4,875.43 x RM222.64 – RM6,656.55
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

1.3
(a) Elaun
(i)Imbuhan Tetap Keraian: RM600.00
(ii)Imbuhan Tetap Perumahan: RM700.00
(iii) Bantuan Sara Hidup: RM300.00

1.4 Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c)Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta penguasaan kedua-dua bahasa yang berkenaan;
(d)Pengalaman dalam menyunting buku dan karya akademik; dan
(e)Calon-calon hendaklah mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan kemahiran menggunakan komputer.

1.5 Bidang Tugas :
(a)Menyunting semua karya akademik
(b)Menjadi penyunting majalah terbitan IKIM
(c)Mengumpul dan menyusun bahan-bahan, makalah, rencana dan penulisan untuk dicetak sebagai buku,majalah, jurnal dan lain-lain penerbitan
(d)Menyunting manuskrip
(e)Membaca pruf
(f)Mengesahkan pruf akhir

Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)

Tel: 03-62046200
Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 Disember 2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Catatan Am:
-Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
-Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
-Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment