Tuesday, December 1, 2009

Jawatan Kosong LPNM

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

1.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E27)

http://www.my-engineering.info

P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 – P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 – P3T26 RM 3405.26

Syarat Lantikan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
(iii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6);
dan d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.

-----------------------------------------------------------------

2.PEMBANTU EHWAL EKONOMI (GRED E17)

http://www.my-administration.info

P1T1 RM 821.89 - P1T26 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 – P2T26 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 – P3T26 RM 2399.46

Syarat Lantikan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
denganya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf denganya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8)
dan d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

---------------------------------------------------------------

3.PEMANDU KENDERAAN PERKHIDMATAN MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR (GRED R3)

http://www.my-luxuryvehicle.info

Syarat Lantikan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh
kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
-Lesen D P1T3
-Lesen E/E1E2 P1T4
-Lesen F/H P1T5
-Lesen G/I P1T6

dan d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 – P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 – P3T17 RM 1493.59

-----------------------------------------------------------------

Muat Turun Borang Permohonan Jawatan

PERMOHONAN

1.Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan di atas, borang permohonan didapati di atas.
2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
3. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah atas kiri sampul surat.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA.
5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
6. Permohonan adalah terbuka kepada calon-calon dari negeri Sarawak sahaja.

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 29 November, 2009 ;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No.5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan)

0 comments:

Post a Comment