Wednesday, December 2, 2009

Jawatan Kosong MIROS

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK

GRED : Q41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : KONTRAK

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T1)
(ii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T3)
(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T6)
(vi) ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred M41:P1T9)
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

---------------------------------------------------------------------------

2.JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL

GRED : N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : KONTRAK
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan (sains tingkahlaku, psikologi,psikoanalisis, pendidikan atau sains kognitif) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3)
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

------------------------------------------------------------------------

3.JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

GRED : N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : TETAP

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T1)
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3)
(ii) ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4)
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

------------------------------------------------------------------------

4.JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED : N27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1)
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5)
(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

------------------------------------------------------------------------

5.JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN
SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : SAMBILAN

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T1)
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
Kelayakan Tambahan;
(e) lulus Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(f) keutamaan diberi kepada calon yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan
mengendalikan komputer.

---------------------------------------------------------------------------

6.JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN

GRED : R3
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH
MAHIR/TIDAK MAHIR
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP/KONTRAK

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu
dalam tempoh percubaan (P)];

Gaji permulaan ialah pada Gred R3
• Lesen D : P1T3
• Lesen E/E1/E2 : P1T4
• Lesen F/H : P1T5
• Lesen G/I : P1T6
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

7.PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan
melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya.
(b) Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan
sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).
(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my(Zurianti Bt. Zamrud).
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas atau melalui emel ke alamat : hr@miros.gov.my pada atau sebelum 2 Disember 2009.
(e) Hanya permohonan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga.
Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

MUAT TURUN BORANG

Tarikh Tutup Permohonan: 2 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment