Saturday, December 5, 2009

Jawatan Kosong MPAG

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kekosongan Jawatan:

1. Akauntan (Gred W41)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d)Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(e)ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(f)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
(g) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-------------------------------------------------------------------

2. Penolong Juruukur Bahan (Gred J29)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

--------------------------------------------------------------------
CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Alor Gajah,
Jalan Dato' Said,
78000 Alor Gajah,
Melaka.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2009

0 comments:

Post a Comment