Saturday, December 12, 2009

Jawatan Kosong UMK

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK
1. JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)(SEMENTARA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
GRED JAWATAN : N17
TARAF JAWATAN : SEMENTARA

JADUAL GAJI :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N17 (K)
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2); atau
(ii) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9) dan
(b) (i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(ii) Calon yang memiliki kelayakan akademik yang tinggi akan diberi keutamaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang
berkuatkuasa.

TARAF JAWATAN
Taraf jawatan yang ditawarkan adalah SEMENTARA.

SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, manakala bagi bekas tentera/ polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON
(a) Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web http://jobs.umk.edu.my/job
(b) Permohonan yang siap dibuat secara `on-line’ perlu dicetak dan dihantar bersama sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan ke Jabatan Pendaftar UMK seperti alamat di bawah:

Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Perancangan dan Pengambilan)
(Bahagian Sumber Manusia)

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-
(i) tidak lengkap atau tidak terang;
(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iv) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(v) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak kami di talian 09-7717294/7295/7047

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Disember 2009

KETERANGAN AM
(a) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
(b) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

0 comments:

Post a Comment