Wednesday, December 2, 2009

Jawatan Kosong UPSI

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

1.PENSYARAH UNIVERSITI* GRED VK7/VK6/ DS53/DS51/DS45
2.GURU BAHASA GRED DG41
3.SKIM FELLOWSHIP (TUTOR) GRED DA41

*Klik pada Jawatan untuk Syarat Lantikan

http://www.my-administration.info/

SYARAT UMUM

KELULUSAN BAHASA MELAYU:
Pemohon hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau peperiksaan yang setaraf dengannya.

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN:
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut Sistem Terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :-

a)Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

b)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

c)memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (Termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

TARAF JAWATAN: TETAP

WARGANEGARA DAN HAD UMUR:
Calon-calon pelantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

TEMPOH PERCUBAAN:
Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI:
Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:
Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 DISEMBER 2009

0 comments:

Post a Comment