Sunday, February 7, 2010

Jawatan Kosong DBKL

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. AKAUNTAN (GRED W41) (KONTRAK)
2. JURUPULIH PERUBATAN (GRED U32) (TETAP)
3. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11) (TETAP / KONTRAK)

Tarikh Tutup Iklan: 19 Februari 2010



Syarat Lantikan:

1. AKAUNTAN (GRED W41) (KONTRAK)

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10); dan
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. JURUPULIH PERUBATAN (GRED U32) (TETAP)

- Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);
- Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy)daripada London School of Occupational Therapy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang iktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T7);
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Berkhidmat tidak kurang 5 tahun sebagai Jurupulih Perubatan.

II. Kenaikan Pangkat ke Gred U32:

- Jurupulih Perubatan Gred U29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurupulih Perubatan Gred U32 yang kosong apabila telah :-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;dan
(d) diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua perkhidmatan.


3. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11) (TETAP / KONTRAK)

- (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. dan calon - calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON

- Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh
dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan
melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.
(Sila klik nama jawatan untuk mengisi borang)

- Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah/Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

- Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan, Buku Perkhidmatan Polis/Tentera yang telah disahkan dan sekeping gambaryang terbaru berukuran pasport.

ALAMAT PERMOHONAN :

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

CATATAN:

i. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
iii.Permohonan yang tidak disertakan dengan salinan ijazah /diploma atau transkrip
tidak akan dilayan.
iv. Permohonan yang menyertakan slip peperiksaan sahaja tanpa keperluan di perkara(iii) juga tidak akan dilayan.
v. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
vi. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment