Sunday, February 7, 2010

Jawatan Kosong KDN

Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri (KDN)

1. PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)

Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010


KLASIFIKASI : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
KUMPULAN : Sokongan
KEKOSONGAN : Enam belas (16) kekosongan :-
i. Tiga (3) jawatan di Putrajaya
ii. Satu (1) jawatan di Kedah
iii. Lima (5) jawatan di Johor
iv. Dua (2) jawatan di Terengganu
v. Dua (2) jawatan di Pahang
vi. Tiga (3) jawatan di Sabah

2. JADUAL GAJI : Gred R3
P1T1 RM 701.42 – P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 – P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 – P3T17 RM 1493.59

3. SYARAT LANTIKAN : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
(iv) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

4. TARAF JAWATAN : Tetap

5. SYARAT KENAIKAN
PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) mempunyai kelayakan di para 3(c)(ii) dan (iii) di atas;dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. ELAUN : i. Imbuhan Tetap
Khidmat Awam – RM 95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM 180.00
iii) Elaun Sara Hidup
iv) Elaun bertugas rasmi

8. KEMUDAHAN :
i) Cuti Rehat (20 hari setahun)
ii) Faedah rawatan perubatan (diri, isteri, anak-anak dan ibu bapa)
iii) Pinjaman Perumahan
iv) Pinjaman Komputer
v) Pinjaman Kenderaan dan
vi) Faedah Persaraan.

9. TEMPOH PERCUBAAN : 1 hingga 3 tahun

10. CARA MEMOHON
(i) Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010

11. CATATAN AM
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(ii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan serta
gambar berukuran pasport semasa temu duga.
(iii) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temu duga jawatan tersebut adalah
tanggungjawab calon.
(iv) Pemohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment