Monday, February 8, 2010

Jawatan Kosong KEJORA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J36)
2. Penolong Akauntan (W32)
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29)
4. Penolong Pegawai Tadbir (N27)
5. Pembantu Kesihatan Awam (U22)
6. Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)
7. Pembantu Am Pejabat (N1)
8. Pemandu Kenderaan (R1)

Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010


1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J36)

Syarat Lantikan:

i) Calon adalah dari kalangan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 yang memenuhi syarat-syarat berikut :
a) Telah disahkan di dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

2. Penolong Akauntan (W32)

Syarat Lantikan:

Pemohon adalah di kalangan Penolong Akauntan Gred W27 yang sedang berkhidmat dan mematuhi syarat-syarat berikut:-
a) Telah disahkan di dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29)

Syarat Lantikan:

i) Diploma dalam bidang kejuruteraan, yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2) DAN
ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iii) Pegawai yang berkhidmatan dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuteraan adalah layak dipertimbangkan oleh pihak Berkausa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan dan memenuhi syarat syarat berikut:-
a) Telah disahkan di dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

4. Penolong Pegawai Tadbir (N27)

Syarat Lantikan:

i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan –nya oleh kerajaan ATAU
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada Gred N27 P1T5) ATAU
iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)
iv) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Pembantu Kesihatan Awam (U22)

Syarat Lantikan:

i) Calon adalah dari kalangan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 yang memenuhi syarat-syarat berikut :
a) Telah disahkan di dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

6. Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)

Syarat Lantikan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

7. Pembantu Am Pejabat (N1)

Syarat Lantikan:

i) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)

8. Pemandu Kenderaan (R1)

Syarat Lantikan:

i) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; DAN
ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1:P1T3) DAN
iii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

------------------------------------------------

TARAF JAWATAN : Tetap

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Laman Web KEJORA dialamat www.kejora.gov.my iaitu pada capaian e-Perjawatan

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini semasa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Februari 2010

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

Sila berhubung dengan En Mus-Irwan bin Misroom , Pn Norizan bt Adam atau En. Mohamad Hairul bin Atan untuk sebarang pertanyaan ditalian 07-8843000.

0 comments:

Post a Comment