Tuesday, February 9, 2010

Jawatan Kosong KHAZANAH

Jawatan Kosong Khazanah Nasional Berhad

Permohonan Untuk Mengikuti Program Perantisan Siswazah (Apprenticeship Programme) di bawah Khazanah Nasional Berhad - Graduate Employability Management Scheme (GEMS) Dibuka


Latar Belakang Program:

Program ini telah dilancarkan pada 13 Mac 2009 oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Program ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM7 bilion yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan adalah usaha kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan kepada siswazah di negara ini.

Melalui program ini, Khazanah telah diberi tanggung jawab untuk melatih 12 000 graduan dalam masa 2 tahun. Program yang dicetuskan hasil daripada program Green oleh Khazanah sebelum ini, akan membantu usaha kerajaan dalam menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah dengan meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum diserap masuk ke GLC atau syarikat swasta yang terpilih.

Modul Program:
1.Program GEMS akan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu pada peringkat pertama, graduan yang terpilih akan mengikuti latihan selama 2.5 bulan bagi membantu meningkatkan kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi, memupuk nilai bertanggung jawab terhadap tugas yang telah diberikan di samping meningkatkan tahap keyakinan graduan terbabit dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada peringkat kedua, graduan akan ditempatkan di syarikat GLC terpilih untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Fasa ini adalah bagi membolehkan graduan mempraktikkan kemahiran yang telah diperoleh di peringkat pertama program di samping memperoleh pengalaman bekerja di syarikat terbabit. Elaun sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada graduan.

Syarat permohonan:
1.Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf (pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau Phd adalah tidak layak untuk memohon)

2.Memperoleh purata minima CGPA sebanyak 2.5

3.Pemohon mestilah berumur di bawah 27 tahun

4.Pemohon mestilah menjalani latihan praktikal di syarikat yang telah ditetapkan oleh urusetia.

Cara memohon:
1.Pemohon mengisi borang permohonan Klik DI SINI untuk memuat turun borang permohonan) dan menghantar ke alamat seperti di bawah:

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)
CareerXcell Sdn. Bhd. (796402-W)
15th Floor Menara Atlan,
161B Jalan Ampang,
50450 KUALA LUMPUR ; atau

2.Pemohon memuat turun borang permohonan dari http://www.mygemsportal.com.my dan menghantar borang permohonan ke alamat seperti di atas; atau

3.Pemohon mengisi dan menghantar borang permohonan secara online melalui GEMS Community Portal iaitu di http://www.mygemsportal.com.my

Setiap permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak CareerXcell Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment