Monday, February 1, 2010

Jawatan Kosong KPDNKK

Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

1. Pegawai Pemantau Harga

Bayaran Perkhidmatan:RM1,500.00 sebulan

Kemudahan elaun: Tuntutan perjalanan menjalankan tugas rasmi tidak melebihi RM300.00 sebulan

Tarikh Tutup Permohonan: 1 Mac 2010

Syarat lantikan: Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:
(a)warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada 1 Mac 2010;
(b)memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(c)kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan: Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)
Tempoh Lantikan: Sembilan (9) bulan (1 April 2010 hingga 31
Disember 2010

Diskripsi Tugas:
(a)Melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan di bawah Program Pemantauan Harga KPDNKK;
(b)Membuat kutipan harga barangan dan perkhidmatan bagi kawasan dan daerah yang telah ditetapkan; dan
(c)Membuat laporan dan menyalurkan laporan kepada Ketua Urus Setia Majlis Harga Barang Negara

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

0 comments:

Post a Comment