Saturday, February 6, 2010

Jawatan Kosong KYSM

Jawatan Kosong Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM)

KOLEJ YAYASAN SAAD, MELAKA (KYSM) merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Kolej ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan moden dan terkini, guru dan kakitangan yang berpengalaman seta berdedikasi. KYSM menawarkan pendidikan yang berkualiti, cemerlang dan menyeluruh.
Selari dengan pembangunan dan perkembangan terkini KYSM, kami mengalu-alukan individu-individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

1. GURU - Bahasa Inggeris, Melayu, Matematik/Matematik tambahan, Pendidikan Islam,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun dan Kemahiran Hidup
2. EKSEKUTIF PEMASARAN
3. KERANI
4. PEKERJA AM
5. PEMANDU BAS

Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2010


1. GURU

Kelayakan:

- Ijazah Universiti Tempatan
- Diploma Pendidikan atau setaraf
- Mempunyai sekurang-kurangnya 4 hingga 5 tahun pengalaman mengajar


2. EKSEKUTIF PEMASARAN

Kelayakan:

- Ijazah dalam bidang Pemasaran
- Mempunyai 3-5 tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan
- Berkeupayaan dan fleksibel terhadap sebarang perubahan
- Mempunyai kemahiran pengurusan, kreatif serta berkeupayaan mengurus sesuatu projek


3. KERANI

Kelayakan:

- Minimum SPM
- Mempunyai 2-3 tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan
- Mempunyai personaliti yang menarik dan mahir dalam penggunaan komputer
- Seorang yang berdikari


4. PEKERJA AM

Kelayakan:

- Minimum SPM/SPMV
- Sihat tubuh badan
- Berkeupayaan untuk membuat kerja-kerja berat
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang mekanikal dan elektrikal


5. PEMANDU BAS

Kelayakan:

- Lelaki yang berumur 50 tahun ke bawah
- Individu yang menetap di Melaka
- Memiliki lesen Kelas E
- Mempunyai Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Memandu (GDL) yang sah
- Mahir dalam laluan di Kuala Lumpur


Kami menawarkan ganjaran yang lumayan berdasarkan pada kebolehan, pengalaman, kelulusan dan inisiatif diri.

Calon-calon yang berminat dipelawa memohon secara bertulis dengan menyertakan maklumat yang lengkap meliputi butir peribadi, kelayakan akedamik, pendapatan sekarang, pendapatan yang dipohon, gambar ukuran passport yang terkini dan nombor telefon untuk dihubungi kepada:

Pengetua
Kolej Yayasan Saad
Peti Surat 495
75670 Melaka

No. Tel: 06-2263157
No. Faks: 06-2263399

0 comments:

Post a Comment