Thursday, February 25, 2010

Jawatan Kosong LPP

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E27)
2. Pembantu Akauntan (Gred W17)
3. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) (Gred N17)

Tarikh tutup permohonan : 2 Mac 2010


Kelayakan :

1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E27)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(i) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
(ii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi dan Pengajar Kraf adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. Pembantu Akauntan (Gred W17)

1.Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia.
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) (Gred N17)

Syarat-Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujianlisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan,apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TEMPOH PERCUBAAN

Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan dihantar terus kepada:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005. Hanya calon yang berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 Mac 2010 (Selasa).

0 comments:

Post a Comment