Friday, February 26, 2010

Jawatan Kosong MADA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda:-

1. JURUAUDIT (GRED W41)
2. PEMBANTU PERTANIAN (GRED G17)
3. JURUTEKNIK (AWAM) (GRED J17)

Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2010

Kelayakan :

1. JURUAUDIT (GRED W41)

(a)(i)ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T3); atau
(ii)ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iii)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iv)ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
(v)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10);dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PEMBANTU PERTANIAN (GRED G17)

(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8);dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. JURUTEKNIK (AWAM) (GRED J17)

(a)Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9); dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Hanya calon-calon yang memiliki Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam sahaja yang akan dipertimbangkan ]


UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :
(a)Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN : Tetap

TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI :
Mengikut skim perkhidmatan.

CATATAN AM :
(a)Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c) Salinan ijazah/sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan dan disahkan hendaklah disertakan.

CARA MEMOHON :
1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia]

3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mac 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

0 comments:

Post a Comment