Friday, February 26, 2010

Jawatan Kosong MAIK

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [ keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Jawatan : Penolong Akauntan Gred W32

Tarikh tutup permohonan : 2hb. Mac 2010

Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Taraf : Tetap
Jadual Gaji : Gred W32
P1T1 RM2416.06 - P1T13 RM3595.78
P2T1 2626.30 - P2T13 3914.98

Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.; atau,
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya.dan
(iii)Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(calon hendaklah mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang berkaitan)

FUNGSI BIDANG TUGAS
Mengendalikan hal ehwal kewangan MAIK , Mengawasi kedudukan perbelanjaan, Penyediaan Anggaran Belanjawan serta laporan tahunan, Menjadi Penolong Setiausaha kepada Mesyuarat-mesyuarat kewangan MAIK, Urusan berhubung Penutupan Akuan Harian, Bulanan dan tahunan MAIK, Mengawasi pelaburan-pelaburan yang diceburi pihak MAIK

GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA 2hb. Mac, 2010

PERKARA AM
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya


0 comments:

Post a Comment