Friday, February 26, 2010

Jawatan Kosong MPJ

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin

1. Pegawai Penilaian (Gred W 41)
2. Pegawai Sistem Maklumat (Gred F 41)
3. Pegawai Undang-Undang (Gred L 41)
4. Pembantu Teknik Landskap (Gred J 29)
5. Penolong Pegawai Penerangan (Gred S 27)
6. Pembantu Akauntan (Gred W17)
7. Pembantu Penguatkuasa (Gred N 17)

Tarikh tutup permohonan : 12 Mac 2010

Kelayakan :

1. Pegawai Penilaian (Gred W 41)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T5); atau dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Pegawai Sistem Maklumat (Gred F 41)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3);
(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
(v) Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Pegawai Undang-Undang (Gred L 41)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (I) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau,
(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examinition) dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Pembantu Teknik Landskap (Gred J 29)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5) dan
(iii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. Penolong Pegawai Penerangan (Gred S 27)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5) dan
(iii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Pembantu Akauntan (Gred W17)

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat- peringkat peperiksaan tersebut
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2);
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5);
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9);

7. Pembantu Penguatkuasa (Gred N 17)

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan.
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
dan (e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 ( C) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan lulus tiga mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.
(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai 45 sen.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Beranak, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.
(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 MAC 2010
(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-
(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
(iv) Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN
(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan/temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

0 comments:

Post a Comment