Tuesday, February 9, 2010

Jawatan Kosong MPKj

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia (Keutamaan warga Selangor) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosonga jawatan bertaraf sambilan seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang.

1. PEMBANTU PENILAIAN (GRED W17)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22HB FEBRUARI 2010 ( ISNIN )


KETERANGAN JAWATAN DAN SYARAT LANTIKAN:

Jabatan/Unit : PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji : Kadar Gaji Gred W17 : RM35.73 sehari
Kadar ITKA : RM5.00 sehari
BSH : RM13.04 sehari
Tempoh Perlantikan : 1 Tahun
Kekosongan : 15

SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T1 ) ;dan
d) kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fungsi Bidang Tugas:
Bertanggungjawab membantu Pegawai/Penolong Pegawai Penilaian menjalankan penilaian harta tanah dan loji dan jentera dengan mengumpul dan menganalisis data berkaitan dengan kerja penilaian dan ukur periksa, melukis pelan serta menyimpan rekod berkaitan penilaian.

Cara memohon:

(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(c) Alamat permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

C. TARIKH IKLAN DIBUKA : 8HB FEBRUARI 2010 ( ISNIN )

0 comments:

Post a Comment