Sunday, February 7, 2010

Jawatan Kosong MPM

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap seperti berikut:

1.Pegawai Peperiksaan (Gred DG41)
2.Penolong Pegawai Peperiksaan (Gred DGA32)

Tarikh tutup permohonan : 22 FEBRUARI 2010


Kelayakan:

1.Pegawai Peperiksaan (Gred DG41)

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan perguruan lain yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang membuat pengkhususan dalam bidang Matematik, Bahasa Melayu,Seni Visual, atau Pengajian Perniagaan.
(Gaji permulaan: P1T4 RM1,967.20); DAN
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2.Penolong Pegawai Peperiksaan (Gred DGA32)

i.Diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma Gred DGA29 yang telah disahkan dalam jawatan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan dan diperaku oleh Ketua Perkhidmatan.
(Gaji permulaan: P1T1 RM2,416.06)

Cara Memohon:

(i) Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan yang telah disahkan. Bagi Jawatan 1, salinan keputusan peperiksaan bagi setiap semester juga diperlukan.
(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.
(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.
(v) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

CATATAN AM:
(i) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman secara bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia bagi permohonan yang tidak berjaya.
(iii) Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment