Thursday, February 18, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PENOLONG BENDAHARI W41
3. PEGAWAI PERGIGIAN U41
4. PEGAWAI OPTOMETRI U41
5. PEGAWAI DIETETIK U41
6. PEGAWAI FARMASI U41
7. JURURAWAT U41
8. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
9. PEGAWAI SAINS C41
10. PERANGKAWAN E41
11. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
12. PEGAWAI VETERINAR G41
13. JURUUKUR BANGUNAN J41
14. JURUTERA J41
15. ARKITEK J41
16. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
17. PENGURUS ASRAMA N41
18. PENOLONG PENDAFTAR N41
19. PEGAWAI PENERBITAN N41
20. PUSTAKAWAN S41
21. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
22. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
23. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
24. PEGAWAI KESATRIA S41
25. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
26. PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C27
27. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
28. PENOLONG JURUTERA J29
29. JURU X-RAY U29
30. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
31. JURURAWAT PERGIGIAN U29
32. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
33. JURURAWAT U29
34. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
35. PEGAWAI EKSEKUTIF N27
36. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N17/N27
37. JURURAWAT MASYARAKAT U19
38. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
39. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
40. PEMANDU R3
41. ATENDAN KESIHATAN U3

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Mac 2010


SYARAT KELAYAKAN JAWATAN

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

Permohonan bagi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (kecuali Gred UD47 dan U41)) dikehendaki menduduki Peperiksaan Khas di UiTM. Pemberitahuan kepada calon-calon yang terpilih untuk menduduki Peperiksaan Khas adalah melalui kiriman SMS dan seterusnya calon perlu melayari laman web UiTM untuk mengetahui tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Alamat surat-menyurat calon akan menentukan tempat peperiksaan calon.

Hanya calon-calon yang lulus Peperiksaan Khas dan ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

a.Untuk Bukan Staf UiTM

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara atas talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b.Untuk Staf UiTM sahaja

Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 1 Mac 2010.

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENDAFTAR
(BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL: (03) 5544 3089/ (03) 55211613/ (03) 55443090/3092/3082
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

0 comments:

Post a Comment