Saturday, February 20, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan pensyarah di UiTM Sabah.

1. PENSYARAH UiTM GRED DM41
2. PENSYARAH UiTM GRED DM45
3. PENSYARAH UiTM GRED DM51
4. PENSYARAH UiTM GRED DM 53 (PROFESSOR MADYA)
5. PENSYARAH UiTM GRED KHAS C (PROFESOR)

Tarikh tutup permohonan : 5 MAC 2010

STATUS JAWATAN: TETAP/KONTRAK
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

JADUAL GAJI MATRIKS:

(a)Gred DM41:
P1T1 RM 1631.95 - P1T25 RM 4039.85
P2T1 RM 1721.49 - P2T25 RM 4281.85
P3T1 RM 1814.66 - P3T25 RM 4544.42

(b)Gred DM45:
P1T1 RM 2213.96 - P1T21 RM 4769.48
P2T1 RM 2297.45 - P2T21 RM 5033.26
P3T1 RM 2384.57 - P3T21 RM 5316.40

(c)Gred DM51 (Prof. Madya):
P1T1 RM 3976.93 - P1T10 RM 5599.54
P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43
P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58

(d)Gred DM53:
P1T1 RM 4210.46 - P1T10 RM 5910.51
P2T1 RM 4398.01 - P2T10 RM 6188.81
P3T1 RM 4592.82 - P3T10 RM 6476.79

(E)Gred Khas C (Profesor):
RM 6135.80 - RM 7672.50

2.FAKULTI DAN BIDANG

1.Akademi Pengajian Bahasa
-Bahasa Mandarin
-Bahasa Jepun

2.Fakulti Pengurusan Perniagaan
-Pengurusan
-Pemasaran
-Pengangkutan
-Pengurusan Sumber Manusia

3.Fakulti Perakaunan
-Perakaunan

4.Fakulti Undang-Undang
-Undang-Undang

5.Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
-Pentadbiran Awam
-Pengajian Polisi
-Sains Politik
-The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA)
-Project Management (BAS)

3.SYARAT LANTIKAN
(a)Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM41
(i)Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah Gred DM41:P1T6); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah Gred DM41:P1T6); atau
(iv)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya swerta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah Gred DM41:P1T7); atau
(v)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah Gred DM41:P1T8);dan
(vi)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(b)Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
(i)Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah Gred DM45:P1T4)dan
(iii)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c)Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
(i)memiliki kelayakan seperti di perenggan (b) di atas;
(ii)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(d)Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
(i)memiliki kelayakan seperti di perenggan (b) di atas;
(ii)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(e)Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
(i)memiliki kelayakan seperti di perenggan (b) di atas;
(ii)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Nota: Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang-bidang yang berkenaan

4.PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a)Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(b)Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
(c)Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
(d)Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
i)Kad Pengenalan
ii)Sijil Lahir
ii)Sijil MCE/SPM, STPM atau setaraf
iii)Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik terperinci)
iv)Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
iv)Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu
e)Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
f)Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
g)Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5.PERMOHONAN
(a)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, UiTM Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.sabah.uitm.edu.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b)Tarikh tutup permohonan ialah pada hari: 5 MAC 2010 (Jumaat)
(c)Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU
SABAH

NO.TEL: 088 – 325205/206/209/210, 495564, 493591

0 comments:

Post a Comment