Monday, February 15, 2010

Jawatan Kosong UM

Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29.
3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27

Tarikh tutp permohonan : 22 Februari 2010

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

Gaji : P1T1 RM843.06 – P1T27 RM2325.37
Syarat Lantikan :
(i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T6); atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T9); dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

Gaji : P1T1 RM1544.86 – P1T21 RM3034.66
Syarat Lantikan :
(i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T2); dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27

Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
Syarat Lantikan :
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kelayakan peringkat diploma yang paling sesuai untuk lantikan ke jawatan Penolong Pengurus Asrama adalah seperti senarai berikut :
Diploma in Food Technology – UiTM dan Politeknik
Diploma in Food Service Management – UiTM
Diploma in Culinary Arts – UiTM
Diploma in Hotel and Catering Management – UiTM dan Politeknik
Diploma in Institutional and Catering Management - UiTM
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); dan
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

MAKLUMAT AM

UMUR :
Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

TARAF JAWATAN : TETAP

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :
Kelayakan yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my/
PENTING : Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan tidak akan dipertimbangkan.
2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengemukakan Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my/ selewat-lewatnya pada 02.03.2010 ke alamat :

Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan)
Bahagian Sumber Manusia
Aras 1, Bangunan Canseleri
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

3. Calon yang ditapis dan dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga;
(a) Resume (sila cetak dari e-recruitment)
(b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal.
(c) Laporan Penilaian Pretasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 22.02.2010

CATATAN AM
1. Permohonan selain daripada online tidak akan dipertimbangkan.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
3. Permohonan ini boleh dibatalkan sekiranya didapati tuan/puan mengemukakan maklumat yang tidak benar.

0 comments:

Post a Comment