Thursday, February 25, 2010

Jawatan Kosong UM

Jawatan Kosong Universiti Malaya

Universiti Malaya memerlukan perkhidmatan:

1. Pegawai Projek - Jabatan : Seksyen Peperiksaan, Bahagian Akademik
2. Atendan Peperiksaan (Sementara)

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2010

Kelayakan:

1. Pegawai Projek

Calon mestilah memiliki:
*(i) Ijazah Sarjana Muda/ Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) mempunyai kemahiran dan berkeupayaan menggunakan sekurang-kurangnya tiga aplikasi grafik yang disenaraikan di bawah:
(a) Adobe In Design (wajib)
(b) Pagemaker
(c) Adobe Photoshop
(d) Adobe Illustrator
(e) Microsoft Office

TEMPOH LANTIKAN: Mulai 1 Mei 2010
KEKOSONGAN: 3 Bulan (kontrak)

Bidang Tugas:

Bertanggungjawab menyedia dan menyiapkan Buku Konvokesyen 2010 iaitu:
1. Mereka bentuk dan lay-out grafik secara finish Buku Konvokesyen
2. Mengumpul dan menyelaras maklumat kandungan buku
3. Menyusun letak kandungan buku
4. Melakukan kerja-kerja penyuntingan dan proof-reading kandungan buku
5. Memastikan semua kerja cetakan dan penyediaan Buku Konvokesyen mengikut jadual kerja yang ditetapkan
6. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
1. Pn. Nor Azian 03-79673500/3266
2. En. Hairil Syukri 03-79673496

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar sendiri Curriculum Vitae (CV) beserta profil (artwork) terus ke pejabat Seksyen Peperiksaan, Bahagian Akademik, Bangunan Peperiksaan selewat-lewatnya pada 19 April 2010. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui alamat emel berikut:

exam@um.edu.my / norazian@um.edu.my / syukri@um.edu.my

* Pelajar tahun akhir turut dialu-alukan. Kelebihan kepada calon yang berpengalaman.


2. Atendan Peperiksaan (Sementara)

Syarat-syarat:

KELAYAKAN : SRP/PMR
(Khusus kepada yang tidak bekerja)

UMUR : 17 TAHUN KE ATAS

TEMPOH : APRIL - MEI 2010

GAJI : RM45.00 SEHARI

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila sertakan bersama borang permohonan, salinan sijil-sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport. Sila nyatakan no. telefon untuk dihubungi.

Bekas pelajar, pelajar & Kakitangan Universiti Malaya tidak dibenarkan memohon.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15.03.2010

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-7967 3474/3513 (Pn. Mazidah)


0 comments:

Post a Comment