Wednesday, March 3, 2010

Jawatan Kosong JPA

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini:

1. Pengawal Keselamatan (Gred KP11) - 3 Kekosongan
2. Pemandu Kenderaan (Gred R3)- 2 Kekosongan
3. Pekerja Awam Khas (Gred R3)- 1 Kekosongan
4. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)- 2 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2010

Maklumat Lanjut:

1. Pengawal Keselamatan (Gred KP11)

Putrajaya (3 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata: dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
dan (e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan A(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pemandu Kenderaan (Gred R3)

Putrajaya (1 kekosongan)
INTAN Sabah (1 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh
kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
• Lesen D P1T3
• Lesen E/E1/E2 P1T4
• Lesen F/H P1T5
• Lesen G/I P1T6
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


3. Pekerja Awam Khas (Gred R3)

Putrajaya (1 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah Gred R3:P1T2);
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


4. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

Putrajaya (2 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)

Cara Memohon:
(i) Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
(iii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang
telah disahkan serta gambar berukuran passport semasa temuduga.
(iv) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
(v) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
(vi) Tarikh tutup permohonan: 15 Mac 2010.

0 comments:

Post a Comment