Thursday, March 11, 2010

Jawatan Kosong MDKP

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W 17)
2. PEMBANTU PENILAIAN (W 17)
3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N 17)
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (R 17)
5. PEMANDU KENDERAAN (R 3)
6. PENGAWAL KESELAMATAN (KP 11)

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2010

Kelayakan:

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W 17)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan
(Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);
dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

kerajaan;
dan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan
mengendalikan komputer).

4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (R 17)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) Sekurang-kurangnya mempunyai AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang
dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan

memuaskan.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K 2 (Tukang Elektrik),
Tukang K 3 (Pendawaian dan Pencari Kerosakan) adalah layak dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Penjaga Jentera Elektrik Gred R 17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c)(ii) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5. PEMANDU KENDERAAN (R 3)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan;
(ii) Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F//G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam
tempoh percubaan (P);
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan

yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
Lesen D P1 T3
Lesen E/E1/E2 P1 T4
Lesen F/H P1 T5
Lesen G/I P1 T6
dan(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam dalam bidang

berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk

kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan -R3, tertakluk kepada

kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)ii dan (iii) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

6. PENGAWAL KESELAMATAN (KP 11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Bekas Konstabel Polis DiRaja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia
yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang

baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan

memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut;
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa

bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik

nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

Dan Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil
Rendah Pelajaran kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP. AM 1 ( dikenakan bayaran RM 5.00

sekeping) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm

yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di Bahagian Pentadbiran,

Majlis Daerah Kubang Pasu, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra,

Kedah Darul Aman.

2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” 21 dan

pastikan Lapuran Prestasi tahun terkini disertakan.

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
(a) Gambar berukuran passport
(b) Salinan Sijil Kelahiran
(c) Salinan Kad Pengenalan
(d) Salinan Sijil Peperiksaan
(e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

4. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

5. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan

yang
ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu,
06000 Jitra
KEDAH DARUL AMAN.

6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2010

0 comments:

Post a Comment