Tuesday, March 2, 2010

Jawatan Kosong YPJ

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N27)
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

Tarikh Tutup Permohonan : 10 MAC 2010 (Rabu)


Syarat Kelayakan

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N27)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan ;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6)
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidamatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 4(C) di atas ; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas ; dan
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira - kira yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9).
(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk) lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TARAF JAWATAN : Tetap

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM:

Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan- pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERMOHONAN DARI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT :
Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan bersama dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan asal YPJ007 yang boleh didapati di pejabat Yayasan Pelajaran Johor sama ada dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau melalui pos dengan mengirimkan sampul surat putih berukuran 4” x 9” beralamat sendiri dan bersetem 50 sen dengan mencatatkan perkataan ‘MEMOHON BORANG YPJ 007’ dipenjuru sebelah kiri atas sampul surat

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan fotostat yang diakui sah Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah , Sijil Persekolahan dan lain - lain dokumen yang berkaitan (jika ada). Bagi yang berkelulusan Diploma / Ijazah, sila sertakan transkrip - transkrip bagi setiap semester

3. Permohonan menggunakan borang yang lain atau fotostat borang YPJ 007 akan ditolak.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

PENGURUS BESAR
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO.12A, BANGUNAN YPJ, JALAN NURI
KG. DATO’ ONN JAAFAR, KB. NO. 711
80990 JOHOR BAHRU

5. Tarikh Tutup Permohonan : 10 MAC 2010 (Rabu)

CATATAN AM :

1. Borang yang tidak lengkap diisi, tidak ditandatangani, tidak disertakan dokumen yang lengkap, tidak memenuhi syarat kelayakan seperti dinyatakan dalam iklan , diterima selepas tarikh tutup iklan akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan
2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan mereka tidak berjaya
4. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

0 comments:

Post a Comment