Sunday, March 21, 2010

Jawtatan Kosong LITRAK

Jawatan Kosong Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (LITRAK)


Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan lebuhraya yang berreputasi dan terunggul, LITRAK sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pertumbuahan yang dinamik di LDP. Kami mempelawa individu yang bermotivasi dan berdedikasi tinggi untuk menyertai warga kerja kami sebagai:

1. PENYELIA TOL PLAZA
2. PENGAWAS KOMUNIKASI
3. PERONDA LEBUHRAYA

Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2010

Tanggungjawab dan Kelayakan:

1. PENYELIA TOL PLAZA

Tanggungjawab;
- Bertanggungjawab terhadap operasi plaza tol termasuk menjaga pentadbiran syif, pengagihan tenaga kerja, pengurusan lorong kenderaan serta kutipan wang di plaza tol yang ditetapkan.

Kelayakan:
- Diploma atau kelayakan yang setaraf sahaja.
- Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang penyeliaan, pengurusan wang dan khidmat pelanggan.
- Boleh menulis laporan dan mengendalikan latihan.
- Berinisiatif dan memiliki kemahiran interpersonal yang baik.

2. PENGAWAS KOMUNIKASI

Tanggungjawab;
- Membuat pemantauan trafik sepanjang lebuhraya di Pusat Kawalan melalui pemerhatian CCTV.
- Berkomunikasi dengan Peronda Lebuhraya melalui alat perhubungan 'walkie talkie' untuk memantau keadaan trafik di sepanjang lebuhraya.
- Merekod segala laporan yang diterima daripada Peronda dan Pengguna Lebuhraya.
- Menjawab penggilan telefon dan merekod segala aduan yang diterima.
- Membantu Pengawas Komunikasi Kanan di dalam operasi harian Pusat Kawalan.

Kelayakan:
- SPM dan mempunyai Sijil Pengurusan Trafik/Komunikasi/Operasi atau setaraf dengannya.
- Minima 3-5 tahun pengalaman di peringkat penyeliaan pusat kawalan seperti operasi lebuhraya atau trafik udara, laut, polis, angkatan tentera dan lain-lain.
- Skil komunikasi yang baik dan menguasai dwibahasa (Bahasa Malaysia & Inggeris)
- Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
- Sihat tubuh badan.

3. PERONDA LEBUHRAYA

Tanggungjawab;
- Membuat rondaan di sepanjang lebuhraya mengikut syif untuk memastikan lebuhraya selamat digunakan dan berada di tahap perkhidmatan yang baik.

Kelayakan:
- Memiliki SPM dan wajib mempunyai lesen memandu B2, E dan GDL yang sah.
- Individu yang mempunyai latarbelakang penyelenggaraan digalakkan memohon.
- Skil komunikasi yang baik, penyabar dan mempunyai semangat kerja berpasukan.
- Umur tidak melebihi 40 tahun.
- Sanggup bekerja dalam 3 syif.
- Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
- Sihat tubuh badan.

Untuk jawatan-jawatan di atas, sila hantarkan permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji yang dipohon serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport, SALINAN dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat berikut:

Pengurus Kanan
Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia
Kompleks Operasi LITRAK
Karung Berkunci No. 38, Pusat Mel Subang Jaya
47509 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

atau e-mail kepada recruit@litrak.com.my.

0 comments:

Post a Comment