Tuesday, April 27, 2010

Jawatan Kosong MPK

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPK)


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia (keutamaan kepada warga Selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK seperti berikut:-

1. JURUTEKNIK AWAM ( BANGUNAN ) ( J17 )
2. PEMBANTU PENGUATKUASA ( N17 )
3. PENJAGA JENTERA ( CHARGEMAN ) ( R17 )

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mei 2010

JAWATAN KOSONG 2010


SYARAT KELAYAKAN:

1. JURUTEKNIK AWAM ( BANGUNAN ) ( J17 )

- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.( Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T8 ) ;
d) lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sijil dalam bidang bangunan )

2. PEMBANTU PENGUATKUASA ( N17 )

- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau:
* lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan ; atau
* lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 2 mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang di kumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut
ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat
Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan memuaskan ;( Gaji pemulaan ialah pada Gred N17 : P1T1 )
d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut ;
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu ;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg lelaki dan 48kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm ( lelaki sahaja ).
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat ;
vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan;
vii) memiliki lesen memandu motosikal Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PENJAGA JENTERA ( CHARGEMAN ) ( R17 )

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) i) tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan ;
ii) sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO ( Sistem Pepasangan Kilang-kilang ) yang
dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan ;dan
d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan

CARA MEMOHON:

- Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuatturun dari laman web www.mpkj.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

- Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi megelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul
surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
- Alamat permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

0 comments:

Post a Comment