Wednesday, May 26, 2010

Jawatan Kosong Baitulmal

Jawatan Kosong Institut Profesional Baitulmal

Institut Profesional Baitulmal (IPB) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Sekiranya anda adalah seorang individu yang proaktif dan berdedikasi maka anda adalah layak untuk memohon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.


JAWATAN AKADEMIK:

1. PENSYARAH BAHASA INGGERIS
2. PENSYARAH UNDANG-UNDANG

KELAYAKAN:

1. PENSYARAH BAHASA INGGERIS

Syarat Kelayakan Minima:-
Memiliki Ijazah Sarjana Muda TESL dengan kepujian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Fresh Graduate dalam bidang yang berkaitan digalakkan untuk memohon

2. PENSYARAH UNDANG-UNDANG

Syarat Kelayakan Minima:-
Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian atau kelayakan yang setaraf dengannya.Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.


JAWATAN BUKAN AKADEMIK:

1. EKSEKUTIF HEP (KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
2. EKSEKUTIF DI JABATAN KEWANGAN
3. EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM
4. WARDEN ASRAMA (WANITA)

KELAYAKAN:

1. EKSEKUTIF HEP (KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)

Syarat Kelayakan Minima:-
Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Syariah atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurang 2 tahun pengalaman dalam aktiviti pembangunan kerohanian yang melibatkan pelajar

2. EKSEKUTIF DI JABATAN KEWANGAN

Syarat Kelayakan Minima:-
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurang 2 tahun pengalaman

3. EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM

Syarat Kelayakan Minima:-
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Komunikasi atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurang 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

4. WARDEN ASRAMA (WANITA)

Syarat Kelayakan Minima:-
Sekurang-kurangnya STPM. Mempunyai sekurang-kurangya 4 tahun pengalaman sebagai warden asrama. Mahir dalam menggunakan perisian komputer. Bersedia untuk bekerja lebih masa. Penginapan disediakan. Calon yang berumur 30 tahun ke atas dan bekas anggota polis atau tentera akan diberikan keutamaan.

PERMOHONAN:

Kami menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan seisi keluarga (bagi yang telah berkahwin), perlindungan insuran, elaun intensif, bonus, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya.
Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, mampu menyumbangkan idea-idea yang bernas, berfikiran positif serta suka pada cabaran, sila hantarkan permohonan anda dengan mengemukakan resume yang lengkap berserta salinan sijil transkrip akademik yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

UNIT SUMBER MANUSIA
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
Lot 1363 Jalan Perkasa
Off Jalan Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-92814054 ext : 1000 @ 1001

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment