Wednesday, May 5, 2010

Jawatan Kosong KEDA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi memohon jawatan-jawatan bertaraf kontrak di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengikut kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI TADBIR - N41 (4 Kekosongan)
www.administrationjob.co.cc
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N27 (1 Kekosongan)
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN - W27 (1 Kekosongan)
www.financialjob4u.co.cc

Tarikh Tutup Permohonan : TBA

JAWATAN KOSONG TERKINI 2010

KELAYAKAN DAN KELULUSAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memenuhi kelayakan seperti berikut :-
i. Terdiri dari warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii. Memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang yang berkaitan adalah menjadi kelebihan kepada pemohon.


1. PEGAWAI TADBIR - N41 (4 Kekosongan)

Syarat Kelayakan:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3 ); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4 );dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N27 (1 Kekosongan)

Syarat Kelayakan:
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 );atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 );dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN - W27 (1 Kekosongan)

Syarat Kelayakan:
(a) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6 );dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan
(c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan Kanun Tanah.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa kesemasa.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui http://www.jobsmalaysia.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 04-7205300/301.

MUAT TURUN CARA_CARA MEMBUAT PERMOHONAN

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
b) Hanya calon yang layak selepas asas tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
c) Pemohon-pemohonyang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan akan dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment