Tuesday, May 4, 2010

Jawatan Kosong Poly-Tech

Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA


Kolej Poly-Tech MARA akan melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan kampus cawangan terbaharu di semporna, Sabah, Seiring dengan perkembangan ini, perbagai peluang kerjaya menanti anda di KPTM.

1. PENSYARAH (Pelbagai)
2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
3. AKAUNTAN
www.accountingjob2u.co.cc
4. JURUTEKNIK KOMPUTER
5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
6. KERANI AKAUN
7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
9. PENYELIA ASRAMA
10.PEMANDU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 MEI 2010
KERJA KOSONG TERKINI 2010


KELAYAKAN:

1. PENSYARAH (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Bagi jawatan Pensyarah Perakaunan, calon-calon yang mempunyai ACCA dan CIMA akan diberi keutamaan.

2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. AKAUNTAN
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf serta ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ahli Penuh Institusi Perakaunan Malaysia.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. JURUTEKNIK KOMPUTER
- Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional dalam bidang elektrik/elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
- Sijil dalam bidang kejuruteraan Awam atau Elektrik (Sijil Pendawaian Elektrik Fasa III) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

6. KERANI AKAUN
- Calon-calon yang mempunyai sijil-sijil dalam bidang Perakaunan/Pengurusan Perniagaan/Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
- Tamat darjah enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman.

9. PENYELIA ASRAMA
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan asrama.
- Bekas-bekas tentera atau polis digalakkan memohon.

10.PEMANDU
- Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
- Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

CARA MEMOHON:
Calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti di atas dan berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan benar seperti berikut:

1. Keterangan Peribadi (resume)
2. salinan sijil2 akademik
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan sijil kelahiran

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras
P.O. Box 6015 Pudu 55700 Kuala Lumpur
(u.p: bahagian pengurusan sumber manusia)

0 comments:

Post a Comment