Jawatan Kosong Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
1. PEMBANTU TADBIR (P/O)
Tarikh Tutup Permohonan : 5 Februari 2010
KUMPULAN: Sokongan
KLASIFIKASI: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
TARAF JAWATAN: Sambilan
SYARAT LANTIKAN:
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Pekeranian/ Operasi) Gred N17 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a)Warganegara Malaysia
b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c)Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian)
d)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
LAIN-LAIN:
Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
CARA MEMOHON:
Borang permohonan jawatan boleh diperolehi dengan mengunjungi laman web Pejabat pendaftar di http:/reg.upm.edu.my dan dihantar ke alamat seperti berikut:
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
KETUA PENOLONG PENDAFTAR
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas tidak lewat dari dari 5 Febuari 2010.
PERHATIAN:
a)Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
b)Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
c)Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan : 5 Februari 2010
No comments:
Post a Comment