Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut :
1. Penolong Akauntan W27
2. Pustakawan S41
Tarikh tutup permohonan : 22 Mac 2010
Keterangan dan Kelayakan Jawatan:
1. Penolong Akauntan W27 - tetap
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
2. Pustakawan S41
Gaji : RM81.20 sehari
Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM13.00 sehari
Bantuan Sara Hidup : RM13.00 sehari
Tempat Keperluan : Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
- Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana muda kepujian (dengan pengkhususan dalam bidang sains perpustakaan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon:
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh didapati di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 cm X 25 cm bersetem 40 sen, beralamat sendiri dan dihantar ke alamat seperti yang tertera di bawah.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :
KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)
No comments:
Post a Comment