Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat DYMM Sultan Perak yang berkelayakan sahaja unutk memenuhi jawatan berikut:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 (KONTRAK)
Tarikh Tutup Permohonan : 2 April 2010
SYARAT LANTIKAN:-
- warganegara Malaysia,
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,
- (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) dan
- Lulus Bahasa Malaysia ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Undang-Undang adalah layak dipertimbangkanuntuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
- Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON:-
- Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanjung Malim.
- Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, surat beranak yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran paspot.
- Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui ketua Jabatan masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Tanjung Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJUNG MALIM
Catatan Am:
a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM
No comments:
Post a Comment