Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mempelawa warga negara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
1. PENOLONG SETIAUSAHA (GRED 41) - 3 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 - 1 Kekosongan
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 - 2 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2010
Maklumat Jawatan dan Syarat Kelayakan.
1. PENOLONG SETIAUSAHA (GRED 41)
Tanggagaji : P1T1 RM1,993.63 – P1T24 RM4,718.25 dan elaun tambahan sebanyak RM850.00 sebulan
Taraf Jawatan : Tetap
Kelayakan :
i)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang / mana-mana bidang dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
ii)Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada
peringkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Suruhanjaya;
iii)Bagi pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang perlu Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar
Final Examination);
iv)Pemohon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang penyelidikan dialukan;
v)Pemohon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang penyiasatan dan mengendalikan siasatan adalah satu kelebihan;
vi)Mempunyai kemahiran di dalam penulisan laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; DAN
vii)Mahir bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Kekosongan Jawatan: 3 kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
Tanggagaji : P1T1 RM1,544.86 – P1T27 RM3,034.66 dan elaun tambahan sebanyak RM640.00 sebulan
Taraf Jawatan : Tetap
Kelayakan :
i)Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
ii)Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan
Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii)Mempunyai pengetahuan yang baik dalam pengurusan
server web; dan
iv)Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
dalam bidang teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer.
Kekosongan Jawatan: 1 kekosongan
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
Tanggagaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35 dan elaun tambahan
sebanyak RM595.00 sebulan
Taraf Jawatan : Tetap
Kelayakan :
i)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; dan
ii)Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya.
Kekosongan Jawatan: 2 kekosongan
Cara Memohon:
Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah
disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 15 Mac 2010 kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Laman Web : www. suhakam.org.my
Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan,permohonan dianggap tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment