Tuesday, November 10, 2009
Jawatan Kosong MDT
Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan,yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut.
Jawatan Kosong:
1.Pembantu Undang-Undang (Gred L29)
2.Pembantu Teknik (Awam) (Gred J29)
3.Pembantu Teknik (Senibina) (J29)
4.Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29)
5.Penolong Pegawai Tadbir (N27)
6.Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDT.1 yang boleh di beli dengan harga RM1.00 di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat.
b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan
calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendak menganggap permohonan mereka tidak berjaya
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:
Yang Mulia,
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Tumpat
Jalan Hilir Pasar,
16200 Tumpat, Kelantan
Tarikh Tutup Permohonan: 8 November 2009
0 comments:
Post a Comment