Showing posts with label Jawatan Kosong Kerajaan Terkini. Show all posts
Showing posts with label Jawatan Kosong Kerajaan Terkini. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Jawatan Kosong MBJB

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB)

Malaysian citizens who are not less than 18 years at the closing date of the advertisement are invited to apply for the positions as described below.

1. MATERIALS SURVEYORS J41
2. ACCOUNTANT W41

Closing Date: 16 April 2012

CLICK HERE FOR DETAIS

Read more...

Monday, July 18, 2011

Jawatan Kosong E-MAS

Jawatan Kosong ERL Maintenance Support Sdn Bhd (E-MAS)

E-MAS is a core part of operating and maintaining the KLIA Express and KLIA Transit, requires an enthusiastic individual hard work and dedication to join our team as:

1. STOREKEEPERS
2. LINE / DEPOT CONTROLLER
3. TRAIN DRIVERS

Closing Date: July 21, 2011

CLICK HERE FOR MORE INFO

Read more...

Monday, July 5, 2010

Jawatan Kosong Kolej MARA

Jawatan Kosong Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya seperti berikut:

1. PEMANDU (R3)

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Julai 2010

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI

Read more...

Sunday, March 21, 2010

Jawatan Kosong MSNS

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan berikut:

1. PENGARAH EKSEKUTIF - GRED S4
(KONTRAK)

Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2010

KERJA KOSONG TERKINI

Syarat Lantikan
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Tempatan/Luar Negara atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Lulus peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Mempunyai pengalaman luas dalam aspek pengurusan terutamanya hal ehwal dalam bidang sukan tidak kurang daripada tempoh 5 tahun.

CARA MEMOHON
- Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume atau profil peribadi (dikemaskini) yang lengkap beserta gambar berukuran pasport.
- Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan sijil-sijil (akademik, profesional dan sebagainya) yang berkaitan. (salinan diakui sah)
- Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 17.
- Permohonan berikut akan ditolak:
i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iV) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Selangor
(Tel:03-55447478/7544)

Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang TIDAK DIHUBUNGI:\
- selepas sebulan dari tarikh iklan ini ditutup; atau
- selepas sebulan dari tarikh temuduga
Adalah dianggap TIDAK BERJAYA

Read more...

Friday, March 19, 2010

Jawatan Kosong SUK

Jawatan Kosong SUK Negeri Sembilan



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan bagi memenuhi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Mac 2010

MAKLUMAT LANJUT

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA1 Pin.7/91 yang boleh didapati di Pusat Sehenti, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri 70503 Seremban, Negeri Sembilan.

Permohonan yang lengkap di isi hendaklah dialamatkan kepada

Y.B. Setiausaha Kerjaaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
(u.p : Bahagian Penggurusan Sumber Manusia)

Read more...

Jawatan Kosong PPUKM

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut :-

1.PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
2.PEMBANTU TEKNIK GRED J29
3.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
4.JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29
5.PENERBIT RANCANGAN GRED B17
6.PELUKIS PELAN GRED J17
7.TUKANG K3 (BATU BATA) GRED R9
8.TUKANG K3 (PENDAWAI ELEKTRIK) GRED R9

Tarikh Tutup permohonan : 31 Mac 2010

KERJA KOSONG TERBARU

SYARAT LANTIKAN:

1.PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2.PEMBANTU TEKNIK GRED J29

(a) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27

(a) diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29

(a) (i) Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5.PENERBIT RANCANGAN GRED B17

mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;atau
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6.PELUKIS PELAN GRED J17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai asas dalam Lukisan Kejuruteraan dan mempunyai
Sijil Kemahiran Autokads I & II)


7.TUKANG K3 (BATU BATA) GRED R9

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah
disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2); dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


8.TUKANG K3 (PENDAWAI ELEKTRIK) GRED R9

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah
disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2); dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


CARA MEMOHON

(a) Hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01).

KLIK UNTUK BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan juga boleh didapati daripada:

Jabatan Sumber Manusia,
Tingkat 2 Kompleks Pendidikan Perubatan,
Canselor Tuanku Jaafar,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja'afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Sila tulis nama jawatan pada sampul surat di bahagian atas sebelah kiri.

Read more...

Jawatan Kosong SPANS

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sabah



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

1. JURUUKUR Gred JA41
2. JURUTEKNIK UKUR Gred JA17

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2010

JAWATAN KOSONG TERKINI

SYARAT LANTIKAN:

1. JURUUKUR Gred JA41

(i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. JURUTEKNIK UKUR Gred JA17

(i) Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan Daripada Politeknik - politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON

(i) Permohonan menggunakan borang tidak lagi diterima dan haruslah dibuat secara ON LINE SAHAJA dengan melayari laman web SPANS di alamat http://www.sabah.gov.my/psc. Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat:

Urusetia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

(ii) Salinan sijil-sijil (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

(iii) Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

(iv) Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

(v) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Read more...

Saturday, March 13, 2010

Jawatan Kosong UMT

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri TEMUDUGA TERBUKA bagi Pelbagai jawatan.

Tarikh : 23 - 26 Mac 2010
Hari : Selasa hingga Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT

KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Read more...

Jawatan Kosong Sekolah Sukan

Jawatan Kosong Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar, Kota Tinggi, JOhor. Kekosongan adalah untuk jurulatih sukan seperti berikut:

1. Bola Sepak
2. Bola Tampar
3. Gimnastik Artistik
4. Hoki
5. Judo
6. Lawan Pedang
7. Lumba Basikal
8. Memanah
9. Olahraga
10.Ragbi
11.Renang
12.Sepak Takraw
13.Tenis
14.Tenpin Boling
15.Terjun

Tarikh tutup permohonan : 16 April 2010

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini

Read more...

Friday, March 12, 2010

Jawatan Kosong SUPERNET

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SUPERNET)


1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM - S41
2. RENJER HUTAN - G17
3. PENGAWAS HUTAN - G11
4. PEMBANTU SYARIAH - LS17
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR - G27

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010

Klik Pada Jawatan Untuk Maklumat Lanjut

Cara Memohon

A. PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET- ONLINE

1. Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.
2. Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.
3. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang
benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri
Terengganu.
4. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
5. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat
http://spn.terengganu.gov.my


Keterangan Am

1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.

2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam
Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan
jawatan.


MAKLUMAN :-

1. Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan
anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
2. Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Jawatan Kosong UNITEN

Jawatan Kosong Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Academic Positions

1. Professor
2. Reader
3. Associate Professor/Principal Lecturer
4. Senior Lecturer
5. Lecturer

Dateline : 25 March 2010

Job Description:

-To teach and supervise undergraduate and postgraduate candidates.
-To lead and conduct research and consultancy projects.


Requirements:

Ph.D. in relevant disciplines with excellent track record in teaching, research, publications and consultancies and/or exposure in related industries.


FIELDS:

1. Putrajaya Campus

A.College of Engineering:

i.Department of Civil Engineering
Structural Engineering, Geotechnics and Highway Engineering

ii.Department of Mechanical Engineering
Solid Mechanics, System Dynamics, Vibration, Manufacturing and Design, Mechatronics, Thermofluid and Energy, Nuclear Engineering

iii.Department of Electrical Power Engineering
Power System Analysis, Power System Protection, Power System Distribution & Transmission, Power Electronics, Machines & Drives, Electromagnetics, High Voltage and Power Quality

iv.Department of Electronics and Communication Engineering
Microelectronics and Fabrication, Control Systems, Computer and Communication Engineering

v.Department of Engineering Sciences and Mathematics
Statistics, Applied Physics, Applied Chemistry


B.College of Information Technology

i.Software Engineering, Information System, Systems & Networking and Graphics & Multimedia

2. Sultan Haji Ahmad Shah Campus, Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur


C.College of Business Management & Accounting

i.Department of Accounting
Financial Accounting, Accounting Information System, Public Sector Accounting, Islamic Accounting, Islamic Accounting and Corporate Governance

ii.Department of Finance & Economic
Derivatives, Risk and Insurance, Bank Management, Islamic Banking and Finance, Securities Analysis, Quantitative, Financial Management, Microeconomics, Macroeconomics, Malaysian Economy, Business Mathematics, Business Statistics and Research Method

iii.Department of Marketing & Entrepreneur Development
Marketing Channel Management, Multimedia Marketing, Decisions Support System, Marketing Research, Innovation, Transfer Technology, Strategic Enterprise, Islamic Enterprise, Franchising

iv.Department of Management & Human Resource
General Management, Management Science, Business Communication, Psychology, Business Law, International Business

v.Department of Language, Islamic Studies & Co-curriculum
English Language, Japanese Language, TESL, Malaysian Studies, Morale, Co-curriculum

Interested applicants are requested to send-in their full resume with information on experience and areas of expertise, class of degree or CGPA, current and expected salary, a passport-sized photograph (n.r.), copies of certificate/transcript and contact telephone number(s) to the following address:-

SENIOR MANAGER (HUMAN RESOURCE)
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL SDN. BHD.
KM 7, JALAN KAJANG-PUCHONG,
43009 KAJANG, SELANGOR

Any query should be addressed to :-
E-mail: HR@uniten.edu.my,
Fax : 03-89212066
Tel: 03-8928 7112/8928 7163/ 8921 2020 ext. 1261

Closing Date: 25 March 2010. Only short-listed candidates will be notified.

Read more...

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Teknologi MARA Johor dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP/KONTRAK/SEMENTARA di UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT bagi memenuhi Wawasan 2020 negara.

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11 - 2 Kekosongan
2. Pemandu Gred R3 - 2 Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2010

Keterangan dan Kelayakan

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii)berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pemandu Gred R3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii)berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
•Lesen D P1T3
•Lesen E/E1/E2 P1T4
•Lesen F/H P1T5
•Lesen G/I P1T6
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
ii.Setiap permohonan hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan.
iii.Hanya permohonan yang ditapis-senarai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv.Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Johor Kampus Segamat atau boleh juga dimuat turun dari laman web rasmi UiTM Johor di http://johor.uitm.edu.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

v.Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 15 MAC 2010.
Sila kemukakan permohonan kepada:

Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Johor
KM12, Jalan Muar
85009 Segamat
Johor Darul Ta’zim
No. Tel: (07) 9352338/ 9352020/ 9352272

Read more...

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)

UiTM Document Services Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik UiTM Shah Alam menawarkan jawatan kosong sebagai Pembantu Kedai (fotokopi) bagi yang berkelayakan.

1. Pembantu Kedai (Fotokopi)

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac 2010

Kekosongan : 3 Kekosongan
Lokasi Kerja : Kedai UiTM Cawangan Puncak Alam
Waktu bertugas : 12.00 tengahari hingga 9.00 malam.

Syarat-syarat Kelayakan :
- Mempunyai latarbelakang pendidikan sekurang-kurangnya SPM/SPMV.
- Boleh bekerja pada hari cuti (jika diperlukan).
- Mempunyai kenderaan sendiri.
- Boleh menguruskan wang tunai,stok dan inventori kedai.
- Jujur dan amanah.
- Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.
- Keutamaan adalah kepada penduduk berhampiran Puncak Alam, Kelang dan Shah Alam.

Bagi pemohon yang berminat, anda boleh menghantar maklumat peribadi (resume),salinan sijil-sijil anda ke alamat berikut selewat-lewatnya 26 Mac 2010 :

Pegawai Sumber Manusia dan Pentadbiran
UiTM Document Services Sdn Bhd
No.1113 Tingkat 1, Blok 11,
Intekma Resorts & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor

Atau emailkan resume anda ke : macanalas@yahoo.com

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pegawai Sumber Manusia,En. Badrul di talian 03-5522 5366.

Read more...

Jawatan Kosong SPA

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi mengisi kekosongan jawatan -jawatan berikut:-

1. PEKERJA AWAM (PEMBERSIH PEJABAT)
2. PEKERJA AWAM (AMAH)
3. PEKERJA AWAM KHAS (OPERATOR ENJIN)
4. PEKERJA AWAM KHAS (OPERATOR PAM)
5. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
6. TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)
7. TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
8. TUKANG K2 (TUKANG LETRIK KERETA MOTOR)
9. PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI)
10. TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
11. PEMBANTU AM RENDAH
12. PENGHANTAR NOTIS
13. PENGHANTAR NOTIS
14. PEMBANTU AM RENDAH
15. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
16. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
17. PEMBANTU PENILAIAN
18. PEMBANTU PENILAIAN
19. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT
20. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Semua Permohonan Adalah Secara Online:
KLIK SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum: 19 Mac 2010

Read more...

Sunday, March 7, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, berkelayakan dan berminat adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti di bawah.

1. PEMBANTU PENYELIDIK SAMBILAN

Syarat-syarat adalah seperti berikut:
KELAYAKAN MEMOHON:
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Boleh membaca dan menulis dengan baik
3. Pengetahuan dan kemahiran asas komputer (MS Word, Excel, Power Point)
4. Berdedikasi, bertanggungjawab dan komited

KADAR BAYARAN: RM 35 Sehari (8.00 Pagi - 5.00 Petang)

KEUTAMAAN KEPADA PEMOHON YANG TINGGAL BERDEKATAN DENGAN KAMPUS SUNGAI BULOH.

Untuk Pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai berikut:
En. Mohd Yazrie bin Yacob
Tel: 03-61265312 / 5311

FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
KAMPUS SUNGAI BULOH
JALAN HOSPITAL
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
MALAYSIA

Read more...

Jawatan Kosong MARA

Jawatan Kosong Karnival Pendidikan dan Kerjaya Mara

1. Trainee Program

Karnival Pendidikan MARA 2010 Peringkat Kebangsaan
Date : 12 - 14 Mac 2010
Location: PWTC, Kuala Lumpur

Read more...

Jawatan Kosong ATM

Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan untuk berkhidmat di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Pegawai Pendidikan Tugas Ikhtisas dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan).

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 10

SYARAT KELAYAKAN

2. Umur.
Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM - Tidak melebihi
30 tahun (Lelaki dan Wanita) pada tarikh 31 Disember 2010.

3. Fizikal.
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 19.2 hingga 26.9.

4. Taraf Kesihatan.
Tidak berkaca mata atau memakai kanta lekap, keupayaan
penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/6. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan
yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja
TATADEMMOT (DKT:FE).

5. Kelayakan Akademik.
a. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) TESL/TESOL ATAU Ijazah Sarjana
Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris) serta Diploma Pendidikan.
b. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU Matematik
dengan Pendidikan ATAU Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU
Sains Perpustakaan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan.
c. Selain daripada syarat di para (1) dan (2) calon-calon perlu lulus SPM ATAU
kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my.

GAJI DAN ELAUN
7. Gaji. Gaji Permulaan adalah mengikut Skim Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Gred DGZ 41 iaitu P1T4 RM 2,018.52.

8. Pentauliahan. Calon Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan)
TDM akan ditauliahkan sebagai Kapten. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Pegawai
Graduan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat (KTD) PULADA, Ulu Tiram, Johor.

CARA PERMOHONAN :
Dokumen Diperlukan.
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum.
f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Telefon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem 50 sen dan Beralamat Sendiri.
g . Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C) ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian
Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen-dokumen
seperti di atas. Caloncalon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

11. Sebarang Pertanyaan.

Talian: 03-20712382 (Lt Kol Mohammad Yatim bin Muhamad Nor),
03-20714524 (Mej Mohd Nazeri bin Noor),
03-20714526 (Lt Arif Firdaus bin Anasipudin TLDM), 03-20712391(Kaunter Pertanyaan).

atau Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588 No Faks: 03-26985340 , 03-26986235

12. Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 10.

13. Tarikh Temuduga : 9 – 17 Apr 10.

14. Tempat Temuduga :
Akan dimaklumkan melalui surat pada calon-calon yang layak dan terpilih.

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Jawatan Kosong JPA

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini:

1. Pengawal Keselamatan (Gred KP11) - 3 Kekosongan
2. Pemandu Kenderaan (Gred R3)- 2 Kekosongan
3. Pekerja Awam Khas (Gred R3)- 1 Kekosongan
4. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)- 2 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2010

Maklumat Lanjut:

1. Pengawal Keselamatan (Gred KP11)

Putrajaya (3 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata: dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
dan (e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan A(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pemandu Kenderaan (Gred R3)

Putrajaya (1 kekosongan)
INTAN Sabah (1 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh
kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
• Lesen D P1T3
• Lesen E/E1/E2 P1T4
• Lesen F/H P1T5
• Lesen G/I P1T6
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


3. Pekerja Awam Khas (Gred R3)

Putrajaya (1 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
A. LANTIKAN TERUS
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah Gred R3:P1T2);
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


4. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

Putrajaya (2 kekosongan)

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)

Cara Memohon:
(i) Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
(iii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang
telah disahkan serta gambar berukuran passport semasa temuduga.
(iv) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
(v) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
(vi) Tarikh tutup permohonan: 15 Mac 2010.

Read more...

Tuesday, March 2, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Pahang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.PENSYARAH UiTM (GRED DM45)

Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2010

STATUS: TETAP / KONTRAK

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT FAKULTI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1.Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45 (Pensyarah UiTM)
(a)(i)Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(iii)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: P1T4)
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
5.1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
5.2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
5.3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
5.4. Nama bidang dan Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5.5. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki IjazahSarjana/Ph.D dengan CGPA 3.00 dan ke atas / Kelas Kedua Tinggi di Peringkat Ijazah Sarjana Muda .
5.6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
5.7. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
5.8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5.9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Pahang di http://www.pahang.uitm.edu.my atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi Mara Pahang.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b)Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 15 Mac 2010.
(c)Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033

Read more...

Monday, March 1, 2010

Jawatan Kosong KPM

Jawatan Kosong Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

1. Pemandu Kenderaan Gred R3

Tarikh tutup permohonan : 16 Mac 2010

Cara Memohon :
a) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan atas talian SISPEM yang boleh dilayari di http://www.moe.gov.my/epemandu.
b) Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka.
c)Cara-cara pengisian borang permohonan online

Read more...