Monday, March 1, 2010

Jawatan Kosong UPSI

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Adalah dimaklumkan, Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI menawarkan jawatan kosong sebagai Pembantu Peperiksaan Sambilan untuk Peperiksaan Akhir Program Pengajian Siswazah Semester 2, Sesi 2009/2010. Syarat-syarat adalah seperti berikut :

1. Pembantu Peperiksaan Sambilan

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Mac 2010

Skop Kerja:

1. Membuat persiapan dan persediaan peperiksaan
2. Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas mengawasi peperiksaan
3. Mengedar bahan-bahan peperiksaan kepada pelajar
4. Menyediakan alatan dan keperluan peperiksaan di dewan / bilik peperiksaan
5. Membantu kakitangan IPS dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan IPS.
6. Membantu kakitangan IPS dalam urusan-urusan pejabat
7. Menyusun dan mengemaskini fail pelajar
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Tempoh Masa Bekerja: 1 April 2010 - 30 April 2010
Kadar Bayaran: RM 35.66 sehari (8.00 pagi - 5.00 petang) dengan Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 5.00

Kadar kerja lebih masa akan dikira sekiranya waktu bertugas adalah selepas waktu pejabat.

Kelayakan Pemohon:

1. Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Boleh membaca dan menulis dengan baik
3. Berdedikasi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas / amanah yang diberikan / diarahkan
4. Pengetahuan dan kemahiran asas komputer (MS Word, MS Excel, MS Power Point)
5. Bersedia untuk bertugas pada hari minggu (Sabtu & Ahad) sekiranya diarahkan.

BORANG PERMOHONAN

Perhatian:
-Borang permohonan boleh didapati di laman web IPS atau di Pejabat AM IPS
-Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
-Semua sijil dan dokumen perlu disahkan
-Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Institut Pengajian Siswazah di talian 05-450 5490 (Pn. Norazwani) / 05-4505494 (Cik Farhana)

Permohonan lengkap perlu dihantar ke :

Unit Pentdbiran,
Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak.

0 comments:

Post a Comment