Tuesday, January 5, 2010
Jawatan Kosong DBKL
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-
A. JAWATAN YANG DITAWARKAN
1.JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J41
2.ARKITEK LANDSKAP GRED J41
3.JURUUKUR BAHAN GRED J41
4.JURUUKUR BANGUNAN GRED J41
5.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
6.PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J29
7.PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29
8.PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29
9.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
10.PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
11.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
12.PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
13.JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17
14.JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
15.JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17
16.PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
17.PENGHANTAR NOTIS GRED N3
18.PENYELAMAT GRED N1
19.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
20.TUKANG K2 (MEKANIK) GRED R11
21.TUKANG K2 (TUKANG LETRIK KERETA MOTOR) GRED R11
22.TUKANG K2 (TUKANG BESI) GRED R11
23.TUKANG K3 (TUKANG PAIP) GRED R9
24.TUKANG K3 (TUKANG BATU) GRED R9
25.TUKANG K3 (PEMBAIK TAYAR) GRED R9
B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
C. CARA MEMOHON
Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.
Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah/Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak kelulusan di laman web http://www.jpa.gov.my/perkhidmatan-te ... /pengiktirafan-kelayakan/
Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.
C. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan Disiarkan: 14 Disember 2009
Tarikh Tutup Iklan: 28 Disember 2009
D. CATATAN:
Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Permohonan yang tidak disertakan dengan salinan ijazah/diploma atau transkrip tidak akan dilayan.
Permohonan yang menyertakan slip peperiksaan sahaja tanpa keperluan di perkara (iii) juga tidak akan dilayan.
Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.
Pemohon-pemohon yang telah mengemukakan permohonan bagi jawatan yang sama melalui iklan yang telah disiarkan pada 30 November 2009 tidak perlu mengemukakan permohonan baru.
0 comments:
Post a Comment