Tuesday, January 5, 2010
Jawatan Kosong MARSAH
Jawatan Kosong KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
1.JURUTEKNIK (KOMPUTER) GRED FT17
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Syarat Lantikan :
i. Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan FT17 : P1T1 RM843.06 ]
ii.Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan FT17 : P1T6 RM1100.21]
iii.Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan FT17 : P1T9 RM1254.50]
iv.Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT UMUM :
A)Taraf Jawatan
Semua jawatan bertaraf KONTRAK
B)Kewarganegaraan dan Umur
Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
C)Dokumen yang diperlukan
Salinan sijil akademik (sijil/ijazah) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai Gred A
D)Cara-cara memohon
Sila hantarkan surat permohonan berserta resume dan poskan ke alamat seperti berikut :-
KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
JALAN GERTAK MERAH
80000 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM
Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru sebelah kiri sampul surat anda.
E)Temu Duga
Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri satu sesi temu duga pada tempat dan masa yang akan ditetapkan kemudian. Segala urusan dan perbelanjaan temu duga ini adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.
F)Tarikh tutup permohonan : 18 Disember 2009
* PERHATIAN:
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup, tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
0 comments:
Post a Comment