Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.PENSYARAH MUDA (GRED DM41)
2.PENSYARAH UiTM (GRED DM45)
3.PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
4.PROFESOR MADYA (GRED DM53)
5.GRED KHAS C (PROFESOR)

Status Jawatan : Tetap / Kontrak

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
4.Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
•Kad Pengenalan
•Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
•Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
•Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
•Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
5.Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
6.Keutamaan hanya diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 2.75 dan ke atas bagi Gugusan Sains & Teknologi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
7.Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
8.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
9.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
10.Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT BORANG PERMOHONAN

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati di atas.

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL: (03) 55443077 / 55443083 / 55443084 / 55211314

EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment