Saturday, April 17, 2010

Jawatan Kosong PPPP

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Pembantu Undang-Undang L29
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Penolong Pegawai Penerangan S27
4. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2010

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERBARU


KELAYAKAN:

1. Pembantu Undang-Undang L29

(a) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(ii) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Penolong Pegawai Tadbir N27

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6); dan
(iv) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Penolong Pegawai Penerangan S27

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T1); atau
(ii) Diploma dalam pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5); atau
(iii) Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau
mengambil trengkas).

SYARAT-SYARAT UMUM BAGI SEMUA JAWATAN DI ATAS
(a) Had Umur: berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Penaklukan Di Bawah Syarat Skim Perkhidmatan: Calon-calon yang dilantik adalah
tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa
serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON

(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-

Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6340111 Fax: 04-6448111

dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada:
PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan
beralamat sendiri atau MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DISINI
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran
pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
(c) Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan
Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2010. Borang permohonan yang diterima
selepas tarikh tutup akan ditolak.
(e) Permohonan hanya dibenarkan bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan sebagaimana
disyaratkan sahaja.
(f) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(g) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan
selepas dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment