Saturday, December 5, 2009

Jawatan Kosong UMP

Jawatan Kosong UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Kami adalah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang menjurus kepada bidang kejuruteraan dan teknikal berteknologi tinggi serta beriltizam menjadi salah satu universiti yang bertaraf dunia berasaskan teknikal mempelawa calon-calon intelektual dan cintakan ilmu untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea bagi melahirkan insan cemerlang dengan mengisi kekosongan jawatan di UMP.

Kekosongan Jawatan:

1.Pegawai Belia dan Sukan (Gred S48)
2.Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41)
3.Penolong Pegawai Perubatan (Gred U29)
4.Jururawat (Gred U29)
5.Juruteknik Komputer (Gred FT17)
6.Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Gred J17)
7.Pengawal Keselamatan (Gred KP11)

KLIK SINI UNTUK LIHAT SYARAT LANTIKAN

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE



TARAF JAWATAN:
1.Jawatan akan dilantik secara tetap ataupun kontrak.
2.Namun demikian UMP berhak melantik warganegara Malaysia bagi lantikan secara kontrak, sambilan atau sementara.

*CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT:
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun ke belakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Para 17.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk mencetak Surat Pengesahan Permohonan On Line(selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

CATATAN AM:
(i)Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(ii)Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(iii)Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 14 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment