Wednesday, December 23, 2009
Jawatan Kosong UPM
Jawatan Kosong Pejabat Direktorat, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
1. Pembantu Tadir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)
1. Pembantu Tadir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)
Taraf Jawatan: Kontrak
Syarat Lantikan:
i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.Sijil Pelajaran Malaysia termasuk lulus ujian lisan;dan
iv.Calon mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendaftra iaitu mendapat kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam empat (4) mata pelajaran yang lain.
CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamat http://pendaftar.upm.edu.my.
MUAT TURUN BORANG
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil/dokumen yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport kepada:
PUAN SARAH SALWAH BINTI ADNAN,
PENOLONG PENDAFTAR KANAN,
INSTITUT BIOSAINS,
TINGKAT 2, BLOK A,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR.
TARIKH TUTUP:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas
tidak lewat dari 9 Disember 2009. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat
PERHATIAN:
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
0 comments:
Post a Comment