Wednesday, December 30, 2009

Jawatan Kosong UPM

Jawatan Kosong Pejabat Direktorat, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM)

1. Pembantu Tadir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)


Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat Lantikan:
i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.Sijil Pelajaran Malaysia termasuk lulus ujian lisan;dan
iv.Calon mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendaftra iaitu mendapat kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam empat (4) mata pelajaran yang lain.

CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamat http://pendaftar.upm.edu.my..

MUAT TURUN BORANG

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil/dokumen yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport kepada:

PUAN SARAH SALWAH BINTI ADNAN,
PENOLONG PENDAFTAR KANAN,
INSTITUT BIOSAINS,
TINGKAT 2, BLOK A,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR.

TARIKH TUTUP:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas
tidak lewat dari 9 Disember 2009. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat

PERHATIAN:
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment