Thursday, February 25, 2010
Jawatan Kosong AIM
Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia
Amanah Ikhtiar Malaysia sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Pegawai Syariah / Pegawai Eksekutif Syariah
2. Pelatih Pengurusan
3. Penolong Pegawai Akaun
4. Pelatih Pembantu Amanah
5. Pemandu / Pembantu Pejabat
Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mac 2010
Kelayakan :
1. Pegawai Syariah / Pegawai Eksekutif Syariah
-Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah
-Berpengalaman 3 tahun dalam Perbankan Islam
2. Pelatih Pengurusan
Memiliki Ijazah Kepujian dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Pengurusan Perniagaan atau yang setaraf dengannya.
-Mempunyai lesen memandu B2
3. Penolong Pegawai Akaun
-Memiliki Diploma Perakaunan
-Berpengalaman 2 tahun dalam bidang berkaitan
4. Pelatih Pembantu Amanah
-Lulus SPM dan Kredit Bahasa Melayu. Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon.
-Mempunyai lesen memandu B2 dan memiliki motorsikal sendiri
5. Pemandu / Pembantu Pejabat
-Lulus SRP/PMR
-Mempunyai lesen memandu B2 dan D yang sah
Calon bagi kesemua jawatan mestilah berumur 28 tahun ke bawah.
Calon yg berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar berukuran pasport, sampul surat berukuran 4 x 9 inci beralamat sendiri serta setem 50 sen . Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 6 Mac 2010.
PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
No 2 & 4, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2094 0797
Faks: 03-2095 1889 / 2093 9257
0 comments:
Post a Comment