Monday, February 15, 2010

Jawatan Kosong SUK Perlis

Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Pentadbiran Negeri Perlis.

1. Penghulu Gred (NP27)
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S27)
3. Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S17)
4. Penghantar Notis (Gred N3)
5. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

Tarikh tutup permohonan : 25 Februari 2010


SYARAT KELAYAKAN.

1. Penghulu Gred (NP27)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
(Gaji Permulaan ialah Gred NP27 : P1T3) ; atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan ialah Gred NP27 : P1T6) ; atau
(iii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27 : P1T10); atau
(iv) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP27 : P1T11); atau
[Calon dengan kelayakan STPM atau diploma disyaratkan mempunyai tempoh pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan
sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan] dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S27)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
(ii) Syahadah Institut Tahfiz dan latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1 T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1 T5); atau Dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; Dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. Penghantar Notis (Gred N3)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;-
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; dan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N3 : P1 T2); atau
(b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


5. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


CARA PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SUK.Ps.(PSM)1(Pin.2008) yang boleh didapati di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
(i) Salinan Sijil Persekolahan dan sekeping gambar berukuran passport.
(ii) Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32 sm x 23 sm.

ALAMAT PERMOHONAN:

Yang Berhormat,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia),
Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan,
01000 KANGAR.

PERHATIAN

(a) Keutamaan akan diberi kepada anak Negeri Perlis dan bermastautin di Negeri Perlis.
(b) Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2010.

0 comments:

Post a Comment